
Assalamualaikum wbt. Dah makan tengah hari ke belum ni? Hihi. Okay petang ni kita nak bukak tentang tajuk keburukan arak. Biarkan jari-jemari menari-nari dengan rancak dan lama petang ni. Hihi. Mungkin entry kali ni agak panjang sikit sebab kita ada cerita sikit. Okay? Hihi. Okay jom.
.
.
.
"Sepuluh orang yg dikutuk Allah mengenai arak adalah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya, dan juga pemesannya"
-Direkodkan oleh Imam Tirmidzi, daripada Annas bin Malik-
.
.
.
Orang Islam macam kita ni tak boleh langsung bekerja dengan kerja yg bersangkut paut dengan arak. Contohnya lah kan, awak kerja SevenE/7E yg ada jual arak, awak pun termasuk dalam golongan 10 orang yg dikutuk oleh Allah mengenai arak tu. Faham tak? Okay sebab apa keras sangat larangan Allah mengenai arak ni? Sebab ada hikmah atau rahsia tentang arak. Tengok ayat di bawah ni.
.
.
.
"Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor serta keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu ataupun kamu masih berdegil."
-Surah Al-Maidah : Ayat 90-
.
.
.
Jelas lah kan dalam ayat atas ni, betapa besarnya bahaya arak tu kepada akidah dan akhlak manusia. Allah swt meletakkan arak ni sama taraf dengan memuja berhala dan mengundi nasib. Dua-dua ni adalah tanda kekufuran dan menyekutukan Allah. Lagipun, Arak ni juga merupakan punca kemaksiatan. Sayang-sayang semua ingat tak lagi pasal seorang abid atau ahli ibadah yg kalah dalam mempertahankan akidah dia disebabkan oleh arak? Ingat lagi tak? Hihihi. Okay cerita dia cemni...
.
.
.
Dalam Kitab Jauhurul Mauhuub ada menerangkan tentang seorang abid bernama Barsyisya yg taat beribadat kepada Allah swt tapi akhir hayatnya, beliau meninggal dunia dengan melakukan dosa-dosa besar termasuklah mensyirikkan Allah.
Direkodkan bahawa Barsyisya didatangi oleh iblis laknatullah yg menyamar diri sebagai manusia yg kuat beribadah kepada Allah swt, pastu iblis kata "Aku seorang abid kepada Allah swt, aku dapat beribadah kepada Allah swt. selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum. Pastu Barsyisya ni pun terpesonalah dengan helah iblis tu. Then Barsyisya tanya iblis "Apakah yg harus aku lakukan supaya aku boleh menjadi sepertimu sehingga boleh beribadah selama 3 hari tanpa tidur, tanpa makan dan minum?"
Iblis laknatullah pun menjawab, "Lakukan maksiat kepada Allah kemudian engkau bertaubat, sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan dalam melakukan ibadah." Pastu iblis pun terus mencadangkan "Engkau lakukanlah maksiat dengan berzina ataupun membunuh orang." Pastu Barsyisya pun jawab lag "Aku tidak sanggup melakukannya!" Iblis pun kata "Engkau minumlah arak supaya lebih mudah melakukannya."
Barsyisya pun memilih meminum arak kerana menyangka dosa meminum arak adalah ringan dibandingkan dengan dosa berzina dan membunuh. Selepas itu, Barsyisya ternampak seorang wanita cantik penjual arak. Pastu dia beli arak daripada perempuan tu dan minum sehingga mabuk. Bila dia mabuk, dia melakukan zina dengan wanita tu dan kemudian dia membunuhnya.
Iblis datang lagi dan mengatakan bahawa dosanya terlalu besar dan tidak dapat diampunkan. Akhirnya dengan kebijaksanaan iblis, Brsyisya mati dalam keadaan mensyirikkan Allah swt selepas melakukan dosa-dosa besar hanya kerana dia minum arak.
.
.
.
Okay nampak tak teruknya kesan daripada minum arak? Nauzubillah. Arak ni adalah punca kerosakan akhlak dan akidah seseorang selain daripada memudaratkan kesihatan. Arak juga boleh menyebabkan manusia lalai daripada menginati Allah swt. Pastu terus lupa solat dan akibatnya mendapat kemurkaan Allah swt. Dan dosa orang yg meminum arak ni sama dosa besar seperti penzina dan juga pembunuh.
.
.
.
Banyakkan keburukan minum arak ni? Okaysama sama kita ambil iktibar daripada cerita tadi tu. Iman kene kuat dan mantap! Takat sini je mampu dikongsi kan untuk petang ni. Selamat beramal dan istiqomahlah dengan setiap kebaikan yg kita lakukan ye sayang. Selamat beramal dan mantapkan akidah ye. Kalau ada sebarang tambahan, boleh comment. Kalau ada apa apa nak tanya pun boleh comment. Sekian, Assalamualaikum wbt.
Ikhlas daripada
-Pena Gadis Dakwah Merah Jambu-
