Saturday, 8 November 2014

Rambut Palsu Vs Rambut Asli

Assalamualaikum wbt semua. Blog baru, khas untuk dakwah. Kali ni dakwah kecil-kecilan, biarkan jari menari-nari atas keyboard. Hihi. Gadis Dakwah Merah Jambu kihkihkih comel kan bunyi dia. 
.
.
.
Okay taknak banyak merapu. So then tengok title comel atas tu. Hihi. 
.
.
.
HADIS
"Ada wanita datang kepada Rasulullah lalu bertanya, 'Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak perempuan yg diserangi penyakit cacar sehingga rambutnya gugur, Apakah aku boleh menyambung rambutnya?' Rasulullah menjawab, 'Allah melaknat wanita yg menyambung rambutnya dan wanita yg meminta disambungkan rambutnya'."
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
.
.
.
Okay zaman sekarang ni, ramai sangat yg tak tahu apa hukumnya, apa salahnya, dan mula lah jadi kes kata tak tahu. Tak tahutu lah yg kita kena belajar. Menuntut ilmu kan wajib. Okay berbalik kepada tajuk utama kita, jelaslah bahawa rambut palsu tidak boleh digunakan sama sekali. Sama ada untuk apa apa sahaja tujuannya. Okay get it? Good. Hihi. Masih tidak terlambat untuk mengubah sesuatu tu. Banyak lagi masa. Maka, jangan lah menggunakan rambut palsu ye kakak-kakak.
.
.
.
Ramai yg ingat pakai rambut palsu ni takpe sebab dah biasa sangat kan tengok pengantin baru pakai. Kan kan kan? Okay mungkin diorang tak tahu yg pakai rambut palsu ni merupakan perbuatan yg dilaknat oleh Allah a.k.a Dosa Besaq la kann? Okay faham? Good. Hihi.
.
.
.
Okay ada pulak yg bertanya "Macam mana kalau rambut disambung dengan reben ataupun dengan yg lain selain rambut?" Okay sayang, Jawapan dia : Dalam hadis tertera di atas mengatakan bahawa Rasulullah melarang menyambung rambut dengan rambut. And yg selain rambut tak dilarang kan? Tapi kene ingat pulak yg menyambung kan rambut dengan reben tu, niatnya apa pulak. Kalau niat nak berhias untuk ditunjukkkan kepada lelaki bukan mahram iaitu ajnabi, hukumnya adalah dilarang. Cukuplah berhias buat tatapan suami. Haa faham? Get it? Good.
.
.
.
Sedikit perkongsian untuk hari ni for the first post. Maaf jika ada tersilap, tertypo atau terkasar bahasa ke apa. Hanya dakwah kecil-kecilan. Selamat beramal sayang-sayang semua. Berdakwah lah sehingga hujung nafas kita. Kongsi ilmu disini jika ingin menambah.
Sekian, Assalamualaikum wbt, sayang-sayang sekalian



Ikhlas daripada 
- Pena Gadis Dakwah Merah Jambu -

No comments:

Post a Comment