Sunday, 9 November 2014

Eeee, Teruknya Arak!

Assalamualaikum wbt. Dah makan tengah hari ke belum ni? Hihi. Okay petang ni kita nak bukak tentang tajuk keburukan arak. Biarkan jari-jemari menari-nari dengan rancak dan lama petang ni. Hihi. Mungkin entry kali ni agak panjang sikit sebab kita ada cerita sikit. Okay? Hihi. Okay jom. 
.
.
.
"Sepuluh orang yg dikutuk Allah mengenai arak adalah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya, dan juga pemesannya"
-Direkodkan oleh Imam Tirmidzi, daripada Annas bin Malik-
.
.
.
Orang Islam macam kita ni tak boleh langsung bekerja dengan kerja yg bersangkut paut dengan arak. Contohnya lah kan, awak kerja SevenE/7E yg ada jual arak, awak pun termasuk dalam golongan 10 orang yg dikutuk oleh Allah mengenai arak tu. Faham tak? Okay sebab apa keras sangat larangan Allah mengenai arak ni? Sebab ada hikmah atau rahsia tentang arak. Tengok ayat di bawah ni.
.
.
.
"Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor serta keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu ataupun kamu masih berdegil."
-Surah Al-Maidah : Ayat 90-
.
.
.
Jelas lah kan dalam ayat atas ni, betapa besarnya bahaya arak tu kepada akidah dan akhlak manusia. Allah swt meletakkan arak ni sama taraf dengan memuja berhala dan mengundi nasib. Dua-dua ni adalah tanda kekufuran dan menyekutukan Allah. Lagipun, Arak ni juga merupakan punca kemaksiatan. Sayang-sayang semua ingat tak lagi pasal seorang abid atau ahli ibadah yg kalah dalam mempertahankan akidah dia disebabkan oleh arak? Ingat lagi tak? Hihihi. Okay cerita dia cemni...
.
.
.
Dalam Kitab Jauhurul Mauhuub ada menerangkan tentang seorang abid bernama Barsyisya yg taat beribadat kepada Allah swt tapi akhir hayatnya, beliau meninggal dunia dengan melakukan dosa-dosa besar termasuklah mensyirikkan Allah.

Direkodkan bahawa Barsyisya didatangi oleh iblis laknatullah yg menyamar diri sebagai manusia yg kuat beribadah kepada Allah swt, pastu iblis kata "Aku seorang abid kepada Allah swt, aku dapat beribadah kepada Allah swt. selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum. Pastu Barsyisya ni pun terpesonalah dengan helah iblis tu. Then Barsyisya tanya iblis "Apakah yg harus aku lakukan supaya aku boleh menjadi sepertimu sehingga boleh beribadah selama 3 hari tanpa tidur, tanpa makan dan minum?"

Iblis laknatullah pun menjawab, "Lakukan maksiat kepada Allah kemudian engkau bertaubat, sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan dalam melakukan ibadah." Pastu iblis pun terus mencadangkan "Engkau lakukanlah maksiat dengan berzina ataupun membunuh orang." Pastu Barsyisya pun jawab lag "Aku tidak sanggup melakukannya!" Iblis pun kata "Engkau minumlah arak supaya lebih mudah melakukannya."

Barsyisya pun memilih meminum arak kerana menyangka dosa meminum arak adalah ringan dibandingkan dengan dosa berzina dan membunuh. Selepas itu, Barsyisya ternampak seorang wanita cantik penjual arak. Pastu dia beli arak daripada perempuan tu dan minum sehingga mabuk. Bila dia mabuk, dia melakukan zina dengan wanita tu dan kemudian dia membunuhnya. 

Iblis datang lagi dan mengatakan bahawa dosanya terlalu besar dan tidak dapat diampunkan. Akhirnya dengan kebijaksanaan iblis, Brsyisya mati dalam keadaan mensyirikkan Allah swt selepas melakukan dosa-dosa besar hanya kerana dia minum arak.
.
.
.
Okay nampak tak teruknya kesan daripada minum arak? Nauzubillah. Arak ni adalah punca kerosakan akhlak dan akidah seseorang selain daripada memudaratkan kesihatan. Arak juga boleh menyebabkan manusia lalai daripada menginati Allah swt. Pastu terus lupa solat dan akibatnya mendapat kemurkaan Allah swt. Dan dosa orang yg meminum arak ni sama dosa besar seperti penzina dan juga pembunuh.
.
.
.
Banyakkan keburukan minum arak ni? Okaysama sama kita ambil iktibar daripada cerita tadi tu. Iman kene kuat dan mantap! Takat sini je mampu dikongsi kan untuk petang ni. Selamat beramal dan istiqomahlah dengan setiap kebaikan yg kita lakukan ye sayang. Selamat beramal dan mantapkan akidah ye. Kalau ada sebarang tambahan, boleh comment. Kalau ada apa apa nak tanya pun boleh comment. Sekian, Assalamualaikum wbt.


Ikhlas daripada 
-Pena Gadis Dakwah Merah Jambu-

Anak Angkat Vs Anak Susuan

Assalamualaikum wbt semua. Harini pun jari-jemari akan menari-nari untuk menyampaikan sedikit perkongsian. Selamat Pagi, sayang. Semoga semuanya sihat-sihat belaka hendak-Nya InsyaAllah Aminn. 
.
.
.
Okay jom kita tengok tajuk comel kat atas tu. Hari ni Gadis Dakwah Merah Jambu nak buka cerita tentang perbezaan antara anak susuan dan anak angkat. Banyak tau bezanya. Islam itu mudah tapi jangan pula kita ambil mudah. Jom baca sikit. Pagi-pagi ni jom tambahkan ilmu, molek lah tu. Hihi.
.
.
.
"Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anakmu yg perempuan, saudara-saudaramu yg perempuan, saudara-saudara bapamu yg perempuan, saudara-saudara ibumu yg perempuan, anak-anak perempuan daripada saudara-saudaramu yg perempuan, ibu-ibumu yg menyusui kamu serta adik-beradik susuan kamu."
-Surah An-Nisaak : Ayat 23-
.
.
.
Okay kita buka cerita pasal anak susuan dulu, okay? Anak susuan ialah bayi yg belum berumur 2 tahun, pastu disusukan oleh perempuan selain ibu kandung sehingga lima kali kenyang, baru lah dia dipanggil anak susuan. Then, batas pergaulan dan aurat anak susuan ni sama je macam anak kandung atau adik-beradik kandung. Contoh la kalau bersentuhan waktu tu kita berwuduk, wuduk tu tak batal. Tapi tak boleh kahwin dengan adik-beradik susuan tu, boleh rujuk balik ayat Al-Quran di atas untuk kepastian. Tapi anak susuan ni tak boleh ber'bin' kan dengan bapa susuan dan bapa susuan jugak tak boleh jadi wali pernikahan anak susuan. Okay get it tak sayang? Good.
.
.
.
Okay sekarang ni anak angkat pulak. Anak angkat ni pula merupakan orang asing kat rumah tu. Aurat dengan batas pergaulan sama je macam dengan bukan mahram. Means kita kena jaga aurat sepanjang kat rumah tu haa. Jaga aurat bukan hanya bertudung tapi berpakaian yg sempurna tutup aurat. Then, tak boleh lah santai-santai dalam rumah sebab ada batasan dia. Then, anak angkat ni boleh berkahwin dengan adik beradik angkat. Faham? Sebab tu lah dia kene pakai pakaian yg menutup aurat. Okay get it? Good sayang. 
.
.
.
Dah dapat bezakan dah antara anak susuan dan anak angkat? Sebab zaman sekarang ni, ambil endah tak endah je pasal ni kan? Sebab apa? Sebab tak tahu dan taknak ambil tahu. Penulisan pagi ni simple simple je. Baca santai-santai je okay sayang? Rasanya dah jelas dah kan perbezaan antara anak susuan dan anak angkat kan kan kan? Okay takat sini je yg mampu dikongsikan. Jumpa di next entry ya sayang-sayang sekalian. Kalau ada penambahan boleh comment bawah ni jangan malu malu. Sekian, Assalamualaikum wbt.



Ikhlas daripada
-Pena Gadis Dakwah Merah Jambu-

Saturday, 8 November 2014

Rambut Palsu Vs Rambut Asli

Assalamualaikum wbt semua. Blog baru, khas untuk dakwah. Kali ni dakwah kecil-kecilan, biarkan jari menari-nari atas keyboard. Hihi. Gadis Dakwah Merah Jambu kihkihkih comel kan bunyi dia. 
.
.
.
Okay taknak banyak merapu. So then tengok title comel atas tu. Hihi. 
.
.
.
HADIS
"Ada wanita datang kepada Rasulullah lalu bertanya, 'Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak perempuan yg diserangi penyakit cacar sehingga rambutnya gugur, Apakah aku boleh menyambung rambutnya?' Rasulullah menjawab, 'Allah melaknat wanita yg menyambung rambutnya dan wanita yg meminta disambungkan rambutnya'."
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
.
.
.
Okay zaman sekarang ni, ramai sangat yg tak tahu apa hukumnya, apa salahnya, dan mula lah jadi kes kata tak tahu. Tak tahutu lah yg kita kena belajar. Menuntut ilmu kan wajib. Okay berbalik kepada tajuk utama kita, jelaslah bahawa rambut palsu tidak boleh digunakan sama sekali. Sama ada untuk apa apa sahaja tujuannya. Okay get it? Good. Hihi. Masih tidak terlambat untuk mengubah sesuatu tu. Banyak lagi masa. Maka, jangan lah menggunakan rambut palsu ye kakak-kakak.
.
.
.
Ramai yg ingat pakai rambut palsu ni takpe sebab dah biasa sangat kan tengok pengantin baru pakai. Kan kan kan? Okay mungkin diorang tak tahu yg pakai rambut palsu ni merupakan perbuatan yg dilaknat oleh Allah a.k.a Dosa Besaq la kann? Okay faham? Good. Hihi.
.
.
.
Okay ada pulak yg bertanya "Macam mana kalau rambut disambung dengan reben ataupun dengan yg lain selain rambut?" Okay sayang, Jawapan dia : Dalam hadis tertera di atas mengatakan bahawa Rasulullah melarang menyambung rambut dengan rambut. And yg selain rambut tak dilarang kan? Tapi kene ingat pulak yg menyambung kan rambut dengan reben tu, niatnya apa pulak. Kalau niat nak berhias untuk ditunjukkkan kepada lelaki bukan mahram iaitu ajnabi, hukumnya adalah dilarang. Cukuplah berhias buat tatapan suami. Haa faham? Get it? Good.
.
.
.
Sedikit perkongsian untuk hari ni for the first post. Maaf jika ada tersilap, tertypo atau terkasar bahasa ke apa. Hanya dakwah kecil-kecilan. Selamat beramal sayang-sayang semua. Berdakwah lah sehingga hujung nafas kita. Kongsi ilmu disini jika ingin menambah.
Sekian, Assalamualaikum wbt, sayang-sayang sekalian



Ikhlas daripada 
- Pena Gadis Dakwah Merah Jambu -